Latihan Penggunaan Laman Web Peladangnita

24 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Mac 2019 yang lepas telah diadakan Latihan penggunaan laman web peladangnita dengan kerjasama Pusat Internet Kg Quop dengan UNIMAS yang menampilkan peserta daripada unit Peladangnita Kampung Quop. Laman web Peladangnita yang dibina merupakan medium untuk mempromosikan bisnes produk ataupun perkhidmatan yang diusahakan oleh ahli-ahli Peladangnita.

Oleh itu, melalui latihan ini, ahli-ahli Peladangnita akan didedahkan dengan cara-cara penggunaan laman web Peladangnita seperti menambah maklumat dan mengubah suai informasi serta memuat naik gambar produk ataupun perkhidmatan yang mereka jalankan. Selain itu, para peserta turut diajar cara-cara mengambil gambar produk dengan betul agar gambar nampak lebih cantic dan menyerlah yang dapat menarik lebih minta pelanggan untuk membeli.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali